Tanggal 21.07.2009 Jam 2.40 Pagi, bapa saudaraku (abang mak aku yang sulong) telah kembali ke Rahmatullah di PPUM kerana menghidap barah..Jenazah nya dikebumikan di Bukit Kangkar, Muar, Johor..semoga rohnya ditempatkan disisi orang-orang yang beriman..
Semasa hayat paklongku, beliau adalah seorang bekas pengetua sekolah dan aktif dalam setiap aktiviti masyarakat di Bukit Kangkar, Muar Johor.. Yang paling mambanggakan,paklongku berjaya mendidik 6 orang anak-anak nya menjadi orang yang cemerlang dan berjaya dalam hidup..Anak pertama beliau bekerja sebagai Kontraktor Kelas A, Anak Kedua beliau seorang Dr Falsafah dan bertugas sebagai Dekan Fakulti di UIAM, anak ketiga beliau seorang Pensyarah (Dr) di UTM Skudai, anak keempat beliau seorang Doktor Gigi dan mempunyai Klinik Gigi Sendiri, Anak kelima beliau seorang Jurutera yang membawa gelaran IR dan anak bongsu beliau bertugas sebagai Pengurus Bahagian Penapisan Filem di Astro...yang paling membanggakan, walaupun anak-anak n cucu-cucu nya berjaya, mereka masih berpengang kuat kepada ajaran Islam dan tidak lupa membalas jasa kedua org tua nya..
Satu hal yang membuatkan aku ingat sampai bila-bila, walaupun dia mempunyai tanggungan yang ramai n bukanlah seorang yang kaya, tetapi dia bertanggungjawab dalam membela nasib adik-adiknya yang seramai 14 orang (termasuk mak aku)..bagi aku,keluarga paklong ku adalah contoh terbaik yang menjadi idola aku masa kini...al-fatihah..
Rabu, Julai 22, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)






2 ulasan:
AL-FATIHAH... semoga rohnya dicucuri rahmat...
AMIN...
Catat Ulasan